Friday 10 February 2017


NAMA-NAMA AHLI KUMPULAN
NO.MATRIK
TINESWAR A/L JAGANATHAPILLAI
15DAD16F1089
KANESWARRAN A/L KANASAN
15DAD16F1081
ARUN A/L SELVAM
15DAD16F1104
NAGENKANANTHA A/L SUBRAMANIAM
15DAD16D1061

TAJUK: KONSEP PERPADUAN
KURSUS:DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
SESI:DIS 2016
JABATAN:KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NAMA PENSYARAH: MOHD ZAID BIN ISMAIL












PENGHARGAAN

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus e-folio Nilai Masyarakat  ini iaitu mengenai konsep perpaduan dalam kalangan masyarakatpada masa kini di Malaysia . Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Nilai Masyarakat iaitu Encik Zaid kami yang telah banyak membantu kami menyiapkan e-folio. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang proses membuat e-folio . Kesabaran beliau amatlah saya hargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan e-folio
Terima kasih sekalung budi.








OBJEKTIF


Matlamat E-folio ini dilaksanakan adalah:

•        Memberi kesedaran betapa pentingya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di   Malaysia.

•        Menggalakkan masyarakat lebih bertoleransi agar Negara akan terus maju.
•       



Maksud Perpaduan


Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam  kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan  antara aspek  yang penting dalam membentuk  perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik  yang bersifat majmuk  yang  membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .


Faktor pemilihan Konsep Perpaduan

Perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk di mana ia nya terdiri daripada pelbagai kaum utama seperti kaum Melayu, kaum Cina, Kaum India, Kadazan, Melanau, Bajau dan sebagainya.Kepelbagaian kaum dan etnik ini telah membawa kepada kepelbagaian bahasa, budaya, adat resam, cara hidup , bahasa dan cara berpakaian dan lain-lain.Bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat , kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar di dalam pelbagai aspek antaranya dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

    Faktor-faktor yang mendorong kami memilih konsep perpaduan sebagai tajuk kami ialah  sejarah atau peristiwa 13 Mei 1969. Seperti sedia maklum, peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam atau merupakan Tragedi Berdarah yang berlaku di Malaysia, iaitu masalah perpaduan di Malaysia pada 1969 .Apabila satu kaum telah menyinggung perasaan kaum yang  lain, maka tercetuslah pertelingkahan besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian itu telah bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara ini telah mencapai kemerdekaan lagi, disebabkan perasaan ketidakpuas hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Tarikh yang mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Mengenang peristiwa 13 Mei adalah faktor utama kepada kami untuk memilih konsep perpaduan sebagai tajuk kami agar peristiwa berdarah tersebut tidak berulang lagi di masa yang akan datang.

Kami juga telah memilih tajuk konsep perpaduan kerana perpaduan dapat melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan    prinsip    “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.Gagasan 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.konsep ini membawa matlamat yang sangat berguna  untuk mencapai perpaduan dan kemasyarakatan di Malaysia iaitu konsep  1Malaysia yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.

Disamping itu, faktor kami memilih konsep perpaduan sebagai tajuk kami ialah sebab terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dan kemasyarakatan di kalangan masyarakat Malaysia.Antaranya,  dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama diantara jiran tetanga untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa  yang agak berkaitan iaitu berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Seterusnya, perkara ini merupakan faktor utama kami memilih konsep perpaduan sebagai tajuk kami.Perkara ini merupakan program rumah terbuka.Mengadakan rumah terbuka juga dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Disetiap musim perayaan, terdapat program rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan. Tujuan utama adalah untuk mendalami nilai budaya kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.Perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain.Budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa.

 Kemudiannya, faktor akhir pemilihan konsep perpaduan ialah sebab media massa.Media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting kepada perpaduan negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’.Pengaruh media massa juga adalah salah satu faktor  untuk memperkukuhkan perpaduan kaum. Media massa seperti televisyen, majalah, internet dan akhbar memainkan peranan yang sangat  penting dalam pengukuhan perpaduan kaum. Contohnya ialah seperti menyiarkan rencana, dokumentari dan drama khas untuk menyemaikan nilai perpaduan antara kaum.

Kesimpulannya,perpaduan dan nilai kemasyarakan amatlah penting bagi sesebuah kaum dan negara untuk menjamin keharmonian hidup.kita juga patut mengetahui perkara-perkara yang boleh memperkukuhkan lagi perpaduan  dan kemasyarakatan di negara Malaysia .Ianya jaga patut dipraktikkan  oleh seluruh rakyat Malaysia. kata hikmat yang patut diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah  perpaduan teras kejayaan.Bak kata pepatah” Bersatu kita teguh bercerai kita roboh “

 Status Perpaduan Di Malaysia Pada Masa Kini

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.'MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.
     Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
     Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
     Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
     Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.
     Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.
     Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan.
     Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.
     Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.

     Dalam usaha membangunkan negara pada masa kini supaya seiring dengan negara lain, maka perpaduan merupakan kunci utama yang kita sediakan sebelum membuka semua laluan.Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan.Dengan cara ini, dapat menerapkan disiplin dalam pembelajaran dan pengajaran seperti aktiviti kokurikulm dan kurikulum.
Selain itu dengan adanya sekolah kebangsaan ini ia akan merapatkan lagi hubungan dan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad.

     Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan - iaitu satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri yang berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.
Dasar Integrasi Nasional ini juga mesra bangsa-bangsa minoriti yang lain. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan diwujudkan dengan memberikan hak mutlak kepada bangsa minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajara

     Melalui Dasar Ekonomi Baru pada masa kini, satu lagi usaha mewujudkan keadaan di mana, tiada perbezaan fahaman pembelajaran dan tiada pengasingan dan perbezaan antara miskin dan kaya di antara kaum. Bekerjasama dalam pergaulan khususnya agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum.Dan yang terkini, Program Khidmat Negara, Program Sekolah Bestari juga merupakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan mesra antara kaum yang telah dijalankan.


Cadangan Kepada Masyarakat Tempatan Untuk Memupuk Perpaduan

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.

Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi.


RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan E-Folio Nilai Masyarakat dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan ahli kumpulan saya.Ketika  menyiapkan E-Folio ini banyak pengetahuan dan pengajaran nilai tentang konsep perpaduan telah saya dan ahli kumpulan saya pelajari.Selepas menyiapakan E-Folio ini saya berasa amat bangga kerana pelbagai kaum di Malaysia hidup bersatu padu dan aman.Selain itu ,saya juga telah pelajari tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan cadangan untuk memupuk perpaduan.Di samping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran ,ketabahan,kejujuran ,memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara ahli kumpulan saya semasa menyiapkan tugasan tersebut.Nilai Kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan beganding bahu untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini.

No comments:

Post a Comment